top of page
_34fb84b5-4f65-462f-a120-88acba3387fc.jpg

PELABUHAN PENGKALAN PETAH 

Subscribe Form

Thanks for subscribing!

PELABUHAN PENGKALAN PETAH

Di Kelantan, nama Tok Bali terkenal sebagai pusat pendaratan ikan terbesar. Malah, nama ikan Tok Bali begitu sinonim dengan rakyat Kelantan sebagai tanda ia bekalan ikan segar. Namun tidak ramai yang sedar, selain Tok Bali, Pengkalan Petah juga adalah pusat pendaratan ikan utama di Kelantan. Pengkalan Petah terletak di mukim Tawang, Bachok. Sebenarnya, sebahagian besar bekalan ikan segar di Kota Bharu diambil dari pusat pendaratan ikan di Pengkalan Petah, kerana ia lebih dekat dari Kota Bharu. Jarak dari Kota Bharu kira-kira 15 km. Lokasi dijadikan tempat pendaratan ikan sekarang sebenarnya sebahagian daripada kawasan yang dicadangkan untuk membina pelabuhan komersial di Kelantan. Bagaimanapun, cadangan itu tidak diteruskan disebabkan tidak sesuai dari segi geografi dan pengaruh cuaca di mana kawasan itu mengalami kesan musim tengkujuh yang mungkin menganggu operasi pelabuhan. Pengkalan Petah sesuai dijadikan pusat pendaratan ikan kerana terdapatnya benteng pemencah ombak dan sungai yang didalamkan. Bot dan perahu nelayan, termasuk kapal nelayan laut dalam yang lebih besar dapat memasuki Sungai Kemasin dan seterusnya mendaratkan ikan di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Pusat pendaratan ikan di Pengkalan Petah memberi kemudahan kepada nelayan di jajahan Bachok dan Kota Bharu. Ia dapat mengurangkan kesesakan di pusat pendaratan ikan di Tok Bali dan Kuala Besar.

APA TUJUAN JWB ?

Memelihara dan memulihara warisan unik yang terdapat di Jajahan Bachok untuk generasi akan datang.

Meningkatkan imej tapak Warisan Jajahan Bachok dan mempromosikan Jejak Warisan sebagai tarikan pelancongan.

Mewujudkan peluang ekonomi bagi penduduk tempatan dan di sekitarnya ; dan memupuk semangat 'Cintakan Warisan', ‘Think Tourism’ dan bangga menjadi warganya.

JEJAK WARISAN BACHOK (JWB)

©2023 by JEJAK WARISAN BACHOK (JWB). Proudly created with Wix.com

bottom of page